Ahad, April 26, 2009

Asal uSuL KEJadIAN AdaM a.s

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang
kejadiannya manusia itu adalah dari tanah.Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?
Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu? Mari kita baca kupasan yang
sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah
kita mempelajarinya bersama-sama.Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah
pada kesabaran.



(Al-A'ssr) "Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untuk
menjadikan nabi Adam A.S(Abul Basyar/Bapa segala manusia)".

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi
untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau
sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana
bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke
hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar
mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah
memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing
kembali dengan jawapan yang hampa.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: "Hai Izrail!
Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah
dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas
namaKu. "Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi,
maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa
jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah,
dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah
berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan
Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan
sebagainya.

Jenis tanah yang digunakan:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Eden

5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah(Babylon)

10.Tanah India

11.Tanah syurga

12.Tanah Tha'if


Menurut Ibnu Abbas:-

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia,dan
disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat
menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama
manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan
untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana di situlah iman,keyakinan,ilmu,kemahuan
dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan
kepada Tuhan.


Proses kejadiannya:

1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air
hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri
Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan
didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka
sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian
dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan
dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas
dan enggan, lalu ia berputar-putar,mengelilingi patung Adam yang terlantar.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya
mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.


Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya.
Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah
perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal
warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi
warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,
dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah :
1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah
liang mulut.

2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.


Dijadikan pula lima buah pancaindera:
A. Mata alat penglihatan

B. Hidung alat penciuman

C. Telinga alat pendengaran

D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.

E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke
kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh
Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah
urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu
matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada
masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan
kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah
dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan
mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya
terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan
Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata Yarhamukallah" yang membawa
erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin,
menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula
mengucapkan Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja
ia mahu bangun.Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini
menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman
Allah SWT bermaksud:

"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut
dengan sempurna. Maka seketika ituterasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang.
Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan
halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna
sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya
cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan.
Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan
kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah
ke langit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Wallahualam


Sumber :

http://www3.uitm.edu.my/citu/SM/IMK102.pdf

Berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis, kajian sains telah menunjukkan
bahawa elemen tanah pada tubuh manusia terdiri daripada :

1) Karbon
2) Oksigen
3) Hidrogen
4) Fosforus
5) Sulfur
6) Azote
7) Kalsium
8) Pottasium
9) Sodium
10) Klorat
11) Magnesium
12) Ferum
13) Manganese
14) Kuprum
15) Iodin
16) Klorin
17) Kobalt
18) Zink
19) Silicon
20) Alumunium

Kandungan kimia manusia pula terdiri daripada :

1) Oksigen 45,000 gram
2) Hidrogen 8,0 gram

3) Kalsium 1,000 gram

4) Kabrit 175 gram
5) Sodium 105 gram
6) Magnesium 35 gram
7) Kuprum 0.1 gram
8) Karbon 12,000 gram

9) Azote (nitrogen) 2,000 gram

10) Fosforus 140 gram
11) Klorin 105 gram
12) Ferum (besi) 4 gram
13) Iodin 0.03 gram
14) Manganese 0.02 gram

0 ulasan:

Berkata Imam Syafie.
من تعلم القران عظمت قيمته، ومن نظر في الفقه نبل قدره، ومن تعلم اللغة رق طبعه، ومن تعلم الحساب جزل رأيه،ومن كتب الحديث قويت حجته، ومن لم يصن نفسه لم ينفعه علمه.
Terjemahan: Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran,akan besar nilai dirinya, barangsiapa yang merenung dan mempelajari fekah maka akan mulia kedudukannya,barangsiapa yang mempelajari bahasa akan lembut jiwanya,barangsiapa yang mempelajari matematik akan kuat fikiranya, barangsiapa menulis hadis akan kuat hujahnya, dan barangsiapa tidak memelihara dirinya daripada maksiat maka ilmunya tidak memberi menfaat kepada dirinya.

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by Blogger Blog Templates

Back to TOP